top of page

Krisdayanti Kembali Menggegarkan Malaysia dengan Konsert Cinta Nostalgia!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti, bakal mengubat kerinduan peminat setianya menerusi konsert istimewa bertajuk Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.


Dibawakan oleh JBProduction, konsert ini menjadi kemunculan sulung KD selepas tujuh tahun, sejak persembahan terakhirnya di Malaysia menerusi Konsert Romansa Krisdayanti pada tahun 2017.


Menurut Ketua Pegawai Kewangan Jaguh Baru Sdn Bhd, Isa A Rani, konsert ini bakal menampilkan pengarah muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa, sebagai pengarah muzik.


"Kami amat berbangga membawakan Diva Indonesia, Krisdayanti, yang kekal relevan dan menjadi pujaan peminat di Malaysia sejak sekian lama," katanya.


Bagi Krisdayanti sendiri, Konsert Cinta Nostalgia membawa makna yang mendalam dalam usaha mengekalkan ikatan cinta dan kasih sayang bersama peminat Malaysia yang tidak pernah lelah menyokong perjalanan seninya sejak memenangi program realiti Asia Bagus pada tahun 1992.


“Saya berharap para penonton akan menikmati dan mengenang kembali lagu-lagu cinta penuh nostalgia, diiringi alunan muzik indah di bawah pimpinan maestro Erwin Gutawa.


Saya amat bersyukur kerana terus disayangi dan diterima baik, dan saya berharap sokongan itu akan berterusan pada malam konsert nanti. Saya juga mengalu-alukan kehadiran peminat dari Indonesia yang kini menetap di Malaysia untuk sama-sama memeriahkan malam penuh bermakna ini," ujar Krisdayanti.



Dengan deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan ramai, Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti dijangka menjadi malam penuh memori antara KD dan para peminat.


Untuk makluman, tiket boleh didapati melalui UberTickets bermula 23 Februari. Tempahan awal amat digalakkan bagi memastikan tempat di malam penuh magis ini.


Comments


bottom of page