Konsert WE4U2C Kembali Gegar Malaysia 15 September Ini!
- Nurul Safiah
- 20 hours ago
- 1 min read

Bersedia untuk malam penuh gegaran dan kenangan manis era 90-an! Konsert WE4U2C secara rasmi diumumkan akan berlangsung pada 15 September 2025, bertempat di IDEA Live Arena, PJ mulai 8.30 malam.
Dengan maestro muzik Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik, para peminat boleh menjangkakan susunan muzik segar, groove yang memikat dan vibe klasik yang dikemas kini, semuanya membawakan semula kegemilangan era millenium yang dirindui ramai.
Harga tiket ditawarkan dengan pelbagai kategori menarik, bermula serendah RM155 (Berpisah Jangan) sehingga RM555 (Fiona).

Tiket akan mula dijual pada 30 Jun 2025 menerusi platform rasmi @ticketempire dan @fantopia_io. Jangan tunggu lama, kategori teratas dijangka habis pantas!
Bawa kembali rantai CD anda dan bersiap untuk malam penuh kenangan dan energi 90-an. Konsert WE4U2C bukan sekadar konsert ia adalah perayaan budaya pop dan muzik yang membesarkan kita semua.
Comentários