Konsert Wali Band Kuala Lumpur 2026 Hampir ‘Sold Out’, Peminat Dah Tak Sabar Nak Sing Along!
- N

- 4 hours ago
- 2 min read
Kalau sebut Konsert Wali Band Kuala Lumpur 2026, memang jelas satu perkara demam Wali Band tengah melanda Malaysia sekarang. Belum pun sampai hari konsert, hampir 90 peratus tiket dah pun habis terjual! Ya, betul… tinggal sikit je lagi sebelum status “sold out” diumumkan secara rasmi.
Fenomena ini membuktikan yang band popular dari Indonesia, Wali Band masih lagi kuat tarikannya di hati peminat Malaysia, walaupun lagu-lagu mereka sudah lama bermain di radio dan playlist kita.

Apa yang buat konsert ini makin ‘keras’ sambutannya? Jawapannya simple lagu-lagu Wali Band memang dekat dengan hidup ramai orang. Dari ‘Cari Jodoh’, ‘Baik-Baik Sayang’, sampai ‘Yank’, semua tu bukan sekadar lagu, tapi macam soundtrack kehidupan zaman sekolah dulu.
Tak hairanlah bila konsert “Wali Kembali” di Kuala Lumpur kali ini jadi antara acara paling dinanti tahun 2026. Ramai peminat yang dulu tak sempat enjoy habis-habisan masa konsert kolaborasi sebelum ini, kali ini tak nak lepaskan peluang.
Konsert ini akan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 1 Mei 2026. Lokasi ni memang biasa jadi tumpuan event besar, jadi memang tak pelik kalau suasana nanti bakal ‘full house’ dengan sorakan peminat.

Penganjur juga dah bersedia dengan pengalaman konsert yang lebih mantap dari susunan muzik segar sampai ke interaksi lebih dekat antara artis dan penonton. Senang cerita, ini bukan sekadar konsert… ini macam reunion besar-besaran peminat Wali Band.
Kalau ikut perkongsian mereka, Wali Band pun dah ‘burning’ nak kembali ke Kuala Lumpur. Mereka sebelum ini sudah buat persembahan di Kota Kinabalu dan sambutan yang diterima memang luar jangkaan.
Kali ini, mereka janji nak bagi persembahan lebih ‘power’, lebih dekat dengan peminat, dan paling penting semua lagu hit akan dibawa khas untuk sesi sing along besar-besaran.
Kalau korang plan nak pergi, elok datang awal sekitar jam 4 petang. Bukit Jalil memang selalu sesak bila ada event besar, jadi better ready awal. Lagi best, ada juga aktiviti dan DJ set sebelum konsert bermula untuk panaskan mood.
Dan ya… dengan tiket makin sikit, siapa lambat memang tinggal cerita je nanti.



Comments