top of page

Konsert TRILOGI Satukan Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Dalam Satu Pentas

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

Kalau anda peminat muzik rock tempatan, ini mungkin konsert yang patut masuk wishlist tahun ini. Konsert TRILOGI bakal menyatukan tiga nama yang cukup sinonim dengan vokal bertenaga iaitu Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim dalam satu malam eksklusif yang dijangka penuh nostalgia dan aura rock.


Konsert yang akan berlangsung pada 18 Julai 2026 di Big Pillars Hall ini bukan sekadar gabungan tiga penyanyi atas satu pentas. Apa yang menarik, ketiga-tiga figura ini pernah mencuri perhatian ramai menerusi lagu “Selamatkan Aku” sekitar tahun 2017. Jadi bila nama mereka digabungkan semula untuk Konsert TRILOGI, ramai peminat terus anggap ini macam reunion yang dah lama ditunggu.


Lebih menarik, konsert ini juga dilihat sebagai comeback buat mereka selepas agak lama menyepi daripada perhatian arus perdana. Aura mereka sebenarnya kembali diperkatakan selepas kemunculan di Konsert 15 Tahun Drama Band awal tahun ini. Reaksi penonton malam itu dikatakan cukup luar biasa sampai tercetus idea untuk wujudkan sebuah konsert khas yang menghimpunkan mereka bertiga.


Dalam satu malam, penonton bakal dihidangkan dengan sekitar 25 lagu termasuk karya solo, kolaborasi istimewa dan beberapa repertoir yang cukup sinonim dengan perjalanan muzik mereka. Dari balada sampai rock moden, memang nampak macam konsert ini cuba bagi pengalaman lengkap untuk peminat lama dan juga pendengar baru.


Apa yang buat Konsert TRILOGI lagi menarik, kapasiti penonton dihadkan kepada sekitar 1,000 orang sahaja. Jadi suasana konsert dijangka lebih dekat dan intimate berbanding persembahan berskala besar yang biasa kita tengok. Bagi peminat yang suka vibe konsert lebih “feel”, ini mungkin antara sebab ramai dah mula eyeing tiket awal-awal.


Tiket pula ditawarkan dalam tiga kategori berbeza. Untuk peminat hardcore yang nak pengalaman lebih eksklusif, kategori VIP turut hadir dengan sesi Meet & Greet bersama

artis. Selebihnya ada pilihan Normal dan Standing yang lebih mesra bajet.


Nampaknya tahun 2026 memang makin meriah dengan kebangkitan semula nama-nama rock tempatan. Dan kalau tengok pada gabungan vokal serta nostalgia yang dibawa, Konsert TRILOGI ada potensi jadi antara showcase paling diingati peminat muzik tempatan tahun ini.

Comments


bottom of page