top of page

Konsert MeleTOP TVS Julung Kali Gegar Bumi Kenyalang!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Apr 30
  • 2 min read

Buat julung kalinya, dua nama besar dalam industri hiburan tanah air, Astro dan TVS, bergabung tenaga menganjurkan Konsert MeleTOP TVS yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), Sarawak pada 17 Mei, jam 9 malam.

 

Dengan tema “Nang Champiyen Nang Lagend”, konsert ini bukan sahaja menampilkan artis-artis ternama tanah air, malah mengangkat warisan kebudayaan Borneo dalam satu persembahan yang menggabungkan unsur budaya tradisional dan muzik pop masa kini.

 

Antara barisan artis yang akan menghangatkan pentas termasuk Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Mimi Fly, Hafiz Suip, Stacy, DOLLA, Sada Borneo, Marsha Milan, Nadeera Zaini, Noki, Wani Kayrie, Dion Das, Hairee Francis, Francisca Luhong, dan ramai lagi.

 



Acara akan dikendalikan oleh pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, bersama wajah TVS seperti Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.

 

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, konsert ini menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia melalui seni dan muzik.

 

“Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP & TVS untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Stadium Bandaraya Miri pada satu malam yang tidak dapat dilupakan. Konsert ini bakal menyatukan artis seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya,” katanya.

 



Menariknya, sebagai praacara konsert, “Hello Miri” akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2025 di Permaisuri Imperial City Mall, Miri, menampilkan sesi bertemu peminat bersama selebriti popular seperti Siti Saleha, Haneesya Hanee, Adira, Tomok, Kaka Azraff, dan ramai lagi.

 

Konsert ini boleh ditonton secara langsung di saluran TVS (122), Astro ONE dan sooka, manakala siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (104) pada 25 Mei, jam 9 malam.

 

Untuk maklumat lanjut atau melanggan Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang!

 



Comments


bottom of page