top of page

Konsert Mangu Ari Lesmana di KL 15 Ogos Ini

  • Writer: N
    N
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kalau anda peminat muzik indie serantau, ini memang berita yang tak boleh terlepas. Konsert Mangu Ari Lesmana di Kuala Lumpur bakal jadi antara event paling “feel” tahun ini, bukan sekadar nyanyi lagu, tapi pengalaman emosi yang lain macam.

Dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini bawa konsep yang lebih mendalam. “Mangu” sendiri menggambarkan keadaan termenung, tenggelam dalam emosi dan itu yang Ari nak sampaikan kepada penonton malam tu.


Bukan setakat perform, tapi macam sesi terapi jiwa… cuma versi muzik.


Apa yang buat konsert ni lagi menarik, Ari Lesmana tak datang dengan gaya biasa. Kali ini dia tampil dengan eksperimen bunyi yang lebih berani, gabungan akustik dan elektronik yang jarang kita dengar dalam persembahan beliau sebelum ini.

Dia akan bergandingan dengan DJ Firza, produser muzik elektronik yang terkenal dengan vibe sofistikated. Hasilnya? Satu gabungan “indie-electronic” yang dijangka bagi pengalaman audio-visual yang immersive sesuai sangat dengan tema ‘Mangu’ yang penuh emosi.


Kalau anda suka muzik yang ada storytelling dan feel yang kuat, ini memang vibe dia.


Menambahkan lagi warna pada malam tersebut, penyanyi ENAU turut akan buat penampilan khas. Nama ENAU mungkin dah familiar bagi sesetengah peminat indie lirik jujur dan melodi yang melekat di kepala. Kehadiran dia dijangka melengkapkan lagi perjalanan emosi sepanjang konsert.

Pilihan lokasi pun bukan calang-calang. Zepp Kuala Lumpur dipilih sebab kualiti bunyi dan suasana yang intimate. Maksudnya, tak kisah duduk VIP atau berdiri dekat depan pengalaman tetap padu.


Pihak penganjur pun dah bagi hint awal: tiket mungkin akan cepat habis. Jadi kalau dah lama tunggu nak tengok Ari Lesmana perform live di KL, ini peluang yang memang kena grab cepat.

Comments


bottom of page