top of page

Konsert Istimewa Sempena Ipoh International Art Festival, Masuk PERCUMA!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 6 days ago
  • 1 min read

Sempena penganjuran edisi keempat Ipoh International Art Festival (IIAF 2025), orang ramai berpeluang menikmati sebuah konsert istimewa yang menampilkan barisan artis tempatan.

 

Konsert istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2025, Ahad, jam 9.00 hingga 11.00 malam di Pentas Utama, PINCER Studio.

 

Konsert ini bakal menyatukan aura dan suara dari Noh Salleh, Naki, Teman Lelaki, dan Lunar sekali gus menjanjikan malam penuh ekspresi, emosi dan seni.

 

Konsert ini adalah antara acara tahun ini yang mengangkat tema GEMA: Seni, Penyembuhan dan Masa Hadapan, dengan fokus terhadap seni sebagai alat pemulihan dan sumber harapan.

 

IIAF 2025 yang kini memasuki tahun keempat, terus menjadi platform penting bagi mengangkat pelbagai bentuk seni muzik, visual, teater dan persembahan dalam usaha menghubungkan khalayak dengan pengalaman seni yang memberi inspirasi.

 

Masuk adalah PERCUMA, dan orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan kepada anak seni tanah air sambil menikmati malam penuh magis di kota Ipoh.

Comments


bottom of page