Konsert EMPAT 2025: Empat Jiwa, Satu Malam Penuh Magis!
- Ain Najihah
- Apr 17
- 1 min read

Dunia hiburan tanah air bakal digegarkan dengan satu konsert kolaborasi hebat yang menggabungkan empat nama besar industri muzik Malaysia iaitu Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel menerusi projek istimewa berjudul Empat.
Pengumuman yang dibuat melalui akaun rasmi Instagram @anuarzainnetwork itu telah mencetuskan keterujaan ramai peminat apabila satu visual misteri dengan latar mewah dan elegan menampilkan nama-nama besar tersebut disertakan dengan tarikh konsert: 21 April 2025.
Gabungan dua ikon bersuara emas iaitu Anuar Zain dan Ziana Zain bersama generasi pelapis seperti Ernie Zakri dan Syamel menjanjikan sesuatu yang luar biasa baik dari segi vokal, gubahan mahupun persembahan.
Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi positif Konsert ini akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dan pastinya, empat bakal menjadi satu detik penting dalam kalendar muzik 2025.
Nantikan 21 April ini tarikh di mana empat suara, empat keperibadian dan empat jiwa seni bergabung dalam satu magis yang mungkin tidak akan berulang.
Ikuti instagram @anurzainnetwwork untuk maklumat lebih lanjut!
Comments