Kisah Benar Tragedi Titan Kini di Netflix
- Ain Najihah
- May 23
- 1 min read
Platform penstriman terkemuka, Netflix, bakal menayangkan dokumentari penuh emosi yang bertajuk Titan: The OceanGate Disaster pada 11 Jun 2025. Dokumentari ini menjanjikan pendedahan eksklusif tentang tragedi yang menggemparkan dunia.
Kisah ini mengupas insiden sebenar yang melibatkan kapal selam Titan milik syarikat OceanGate, yang hilang secara misteri ketika dalam misi menyelam ke dasar lautan untuk meninjau bangkai kapal Titanic.
Kisah dalam dokumentari ini akan merangkumi perincian teknikal, isu kecuaian keselamatan serta detik-detik tragik yang menimpa individu-individu terlibat termasuk penumpang yang tidak sempat kembali ke permukaan.
Dalam klip yang dikongsikan oleh Netflix, kedengaran naratif: “There was no way of knowing when Titan was going to fail,” yang memberi gambaran betapa tidak terduganya tragedi ini.
Pengumuman ini telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa mereka sudah menjangka kisah ini akan dijadikan dokumentari.
Jika anda peminat dokumentari yang sarat dengan misteri dan debaran, Titan: The OceanGate Disaster wajib ditonton pada 11 Jun 2025 di Netflix.
Comments