top of page

Kim MyungSoo ‘L’ Kembali Ke KL, Tiket Fan-Con Dijual 22 Mei Ini

  • Writer: N
    N
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Peminat K-pop especially Inspirit Malaysia, bersedia sebab Kim MyungSoo atau lebih dikenali sebagai L akhirnya bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk fan-con solo pertamanya. Lebih menarik, tiket untuk 2026 KIM MYUNGSOO (L) FAN-CON ASIA TOUR  akan mula dijual pada 22 Mei 2026 jam 8 malam.

Selepas kemunculan bersama INFINITE tahun lalu yang memang penuh nostalgia, kali ini spotlight memang khas untuk dirinya sahaja. Fan-con yang bakal berlangsung pada 27 Jun 2026 di Mega Star Arena ini dijangka jadi reunion manis buat peminat tempatan yang dah lama tunggu peluang nak tengok sisi solo Kim MyungSoo secara lebih dekat.


Kalau sebelum ini ramai enjoy lagu-lagu ikonik INFINITE secara berkumpulan, acara kali ini pula lebih intimate dan peribadi. Tajuk  sendiri membawa maksud sentimental apabila ia melambangkan janji Kim MyungSoo untuk terus menghargai memori bersama peminat walaupun masa terus berlalu.


Tahun ini juga cukup istimewa kerana ia menandakan tahun ke-16 sejak debutnya bersama INFINITE. Disebabkan itu, ramai peminat menjangkakan akan ada persembahan khas dan momen eksklusif sepanjang fan-con berlangsung nanti.

Selain aktif sebagai penyanyi, Kim MyungSoo juga terus dikenali menerusi dunia lakonan Korea. Antara drama popular lakonannya termasuk Angel’s Last Mission: Love, Royal Secret Agent, Numbers dan terbaru Dare to Love Me. Tahun lalu juga menyaksikan dia melancarkan EP solo pertamanya berjudul 24/7.


Bagi yang bercadang nak secure tiket awal, harga tiket bermula dari RM388 hingga RM738 bergantung kepada kategori tempat duduk dan fan benefits yang disediakan. Antara ganjaran untuk peminat termasuk sesi Hi-Touch, gambar eksklusif, poster signed, photocard bertandatangan dan polaroid khas.

Dengan trend konsert dan fan meeting artis Korea yang semakin meriah di Malaysia, fan-con solo Kim MyungSoo ini memang antara event K-pop yang patut masuk wishlist tahun 2026. Jadi kalau anda team L sejak era awal INFINITE atau baru follow karier lakonannya, jangan lupa standby masa jualan tiket nanti.

Comments


bottom of page