Khai Bahar Tampil Dengan Single Terbaru Berjudul “Beri Sedikit Waktu”
- Nurul Safiah
- 4 days ago
- 1 min read

Penyanyi terkenal, Khai Bahar tampil dengan single terbaharu berjudul “Beri Sedikit Waktu”, sebuah lagu balada yang menyentuh perasaan.
Dilancarkan di bawah Sony Music Malaysia, lagu ciptaan Adi Pawana dan Rudy Nastia ini menyuarakan realiti ramai yang memendam rasa bahawa tidak mengapa untuk merasa lemah, selagi kita tidak menyerah.

Dengan susunan muzik yang lembut dan vokal Khai yang penuh emosi, lagu ini membawa mesej jelas “kau bukannya menyerah, hanya bersandar seketika”.
Proses rakaman dijalankan di Mixbro Records, dan lagu ini turut didukung barisan tenaga produksi berpengalaman termasuk Farez Asmadi dan Ahmad Huzaini dari SYNS Music.

Dengan pelancaran video muzik rasmi yang turut menyusul, Khai Bahar membuktikan sekali lagi kemampuannya sebagai penyanyi versatil yang bukan sahaja menyanyi, tetapi menyampaikan emosi secara tulus dan jujur.
“Beri Sedikit Waktu” kini boleh distrim di semua platform digital. Kadang-kala, kita hanya perlu sedikit masa untuk bertenang, untuk sembuh, dan untuk kembali kuat.
Comments