Kemunculan Semula BLACKPINK Menerusi "JUMP" Curi Tumpuan Global!
- Ain Najihah
- 18 hours ago
- 1 min read

Dunia hiburan kembali digegarkan dengan kemunculan semula kumpulan K-Pop sensasi, BLACKPINK, menerusi video muzik terbaharu mereka bertajuk 'JUMP'.
Lagu ini sudah mula mendapat perhatian luar biasa daripada peminat serata dunia sebaik sahaja ia dilancarkan di platform penstriman video, dengan mencatat lebih 500 ribu tanda suka dan 212 ribu tontonan dalam masa singkat.
Video muzik ‘JUMP’ yang ditayangkan di akaun rasmi YouTube BLACKPINK memaparkan latar bandar futuristik yang penuh tenaga, dengan papan iklan digital besar memaparkan visual penuh aksi dan warna-warni. Ia menunjukkan semangat dan gaya BLACKPINK yang ikonik.



Lagu terbaharu BLACKPINK berjudul ‘JUMP’ tampil dengan kelainan berbanding karya-karya mereka sebelum ini.
Menerusi ‘JUMP’, BLACKPINK meneroka genre hardstyle. Ia menjadikan lagu ini lebih rancak daripada kebiasaan gaya muzik mereka.
BLACKPINK sekali lagi membuktikan bahawa mengapa mereka terus menjadi ikon global. Peminat boleh menjangkakan lebih banyak kejutan daripada mereka sepanjang tahun ini!
Comments