Kayda Aziz Selamat Bertunang, Sheila Majid Kongsi Detik Bahagia
- Nurul Safiah
- 8 hours ago
- 1 min read

Kayda Aziz, anak kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syafiq.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 60, menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad, yang turut disertakan beberapa foto dan video sekitar majlis yang berlangsung.
“Dia sudah bertunang! Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya,

Majlis pertunangan Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda Roslan, 34, dikatakan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di sebuah restoran di Ara Damansara, dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat.
Perkongsian Sheila itu turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti termasuk Anuar Zain, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Noryn Aziz dan ramai lagi yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Majlis tersebut turut dilihat sebagai momen penuh makna bagi Sheila Majid yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Kommentarer