top of page

Karnival Jom Heboh 2026 Batu Kawan

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang tengah cari aktiviti hujung minggu, Karnival Jom Heboh 2026 Batu Kawan memang patut masuk list. Acara padang ikonik ni kembali dari 24 hingga 26 April di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang dan kali ini lagi besar sebab bergabung dengan Mega JPJ Madani.


Bukan sekadar konsert atau bazar biasa, event ni memang lengkap. Dari hiburan, aktiviti keluarga, sampai servis komuniti, semua ada dalam satu tempat. Senang cerita, datang sini memang boleh lepak satu hari penuh tanpa sempat bosan.


Antara yang buat edisi kali ini lebih ‘rare’, ini kali pertama Karnival Jom Heboh berkolaborasi dengan JPJ sempena ulang tahun ke-80 mereka. Maksudnya? Selain enjoy, korang juga boleh terus berurusan dengan agensi kerajaan dalam suasana santai. Tak perlu stress beratur panjang dekat pejabat.


Kalau minat aktiviti sihat, boleh join JPJ Fun Run atau Zumba Challenge. Nak lagi best, ada juga servis tukar helmet dan minyak hitam motosikal secara percuma. Memang win untuk rider! Peminat nombor plate fancy pun boleh cuci mata dekat jualan nombor pendaftaran eksklusif.


Untuk yang datang dengan family, banyak aktiviti santai disediakan. Ada zon permainan kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, dan macam-macam aktiviti interaktif. Siap ada agihan 12,000 pek nasi kari percuma, siapa cepat dia dapat.


Bab hiburan pula memang tak main-main. Malam Sabtu dan Ahad akan dimeriahkan dengan Konsert Jom Heboh yang bawakan nama besar macam Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Awie, Hael Husaini, Ara Johari dan Floor 88. Line-up memang padu, confirm crowd sing along.


Selain konsert, ada juga Battle of the Band melibatkan pelajar IPT, sesi meet & greet selebriti, dan aktiviti khas seperti Explorace Ejen Ali. Kalau minat benda seram, boleh try Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk. Siap ada peluang jumpa pelakon filem tu sendiri.


Nak chill sambil makan? Love Food Fest kumpulkan pelbagai vendor makanan viral dan lokal. Sambil makan, boleh singgah lebih 150 reruai jenama yang tawarkan promo dan goodies menarik.


Menariknya, karnival ni bukan sekadar hiburan. Ada juga elemen kesedaran seperti kitar semula botol plastik dan aktiviti pendidikan kreatif di reruai khas untuk kanak-kanak. Jadi, memang sesuai untuk semua peringkat umur.


Akhir kata, kalau dah lama tak rasa vibe ‘padang Jom Heboh’, ini masa terbaik untuk comeback. Bawa kawan, family, atau datang solo pun tak kisah. Y

ang penting, jangan lepaskan peluang rasa sendiri kemeriahan event ni.

Comments


bottom of page