Justin Bieber Tampil dengan 20 Lagu Baharu Dalam Album “SWAG”!
- Ain Najihah
- 11 hours ago
- 1 min read

Penyanyi sensasi global, Justin Bieber, kembali menghangatkan industri muzik antarabangsa dengan pengumuman album terbaharunya berjudul ‘SWAG’ yang dijadualkan untuk dilancarkan malam ini.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi paparan papan iklan gergasi yang memperlihatkan senarai lagu penuh album tersebut, disertakan dengan visual provokatif yang mencuri tumpuan ramai.
Album ‘SWAG’ memuatkan sebanyak 20 buah lagu termasuk tajuk seperti Go Baby, Therapy Session, Butterflies, Devotion, Too Long dan tentunya lagu utama berjudul SWAG sendiri.
Judul-judul ini menampilkan sisi Bieber yang lebih peribadi, jauh berbeza daripada imej pop mainstream yang sering dikaitkan dengannya.
Reaksi awal peminat sangat positif, dengan pengumuman album ini mencecah lebih 2.1 juta tontonan dalam masa kurang sehari, serta ribuan perkongsian dan komen yang teruja menantikan sisi baharu Bieber dalam ‘SWAG’.
Album ini dijangka bakal mencipta impak besar di carta muzik antarabangsa. Tahun 2025 nyata menjadi pentas untuk Justin Bieber bersinar semula dengan gaya dan suara yang segar!
Adakah ‘SWAG’ bakal mencipta fenomena baharu atau hanya menjadi satu lagi eksperimen penuh kontroversi? Sama-sama kita nantikan!
Comments