top of page

Jun Ji Hyun Kembali dengan ‘Colony’, Watak Lebih Garang

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Lepas 11 tahun menyepi dari layar perak, filem Colony akhirnya bawa Jun Ji Hyun kembali dan kali ni, dia bukan sekadar watak biasa. Lebih intense, lebih berani, dan penuh aura pemimpin.


First look untuk filem terbaru arahan Yeon Sang Ho ini dah pun dilepaskan, dan jujurnya… memang bagi vibe seram dan survival yang padat dengan emosi.


Dalam Colony, Jun Ji Hyun pegang watak Kwon Se Jung, seorang penyelidik bioteknologi yang terperangkap dalam bangunan dikuarantin akibat wabak misteri. Tapi bukan sekadar survive tapi dia juga jadi ketua kepada sekumpulan mangsa yang cuba meloloskan diri daripada ancaman “yang dijangkiti”.


Apa yang buat cerita ni lagi menarik, makhluk yang dijangkiti bukan biasa-biasa. Mereka berubah dan berevolusi dengan cara yang sukar dijangka. Maksudnya, setiap langkah memang berisiko tinggi.


Watak Kwon Se Jung pula bukan jenis tunggu diselamatkan. Dia guna kepakaran sains untuk faham corak jangkitan, sambil pimpin orang lain keluar dari situasi genting. Dalam masa sama, latar belakang dia pun agak berat dimana dia kehilangan kerja di universiti sebab tak boleh kompromi dengan salah laku, sampai akhirnya terperangkap dalam situasi yang tak dijangka.


Bagi yang dah follow karya Jun Ji Hyun sebelum ni seperti The Thieves, Assassination, atau drama popular My Love from the Star, mesti tahu dia memang jenis pelakon yang boleh bawa watak berat dengan mudah.


Menurut Jun Ji Hyun sendiri, skrip Colony yang padat dan menarik jadi sebab utama dia pilih untuk kembali ke layar perak. Tambah pula, dia memang dah lama minat dengan gaya pengarahan Yeon Sang Ho.


Pengarah itu pula tak kedekut puji. Katanya, kemampuan Jun Ji Hyun untuk “hidup” dalam setiap babak memang luar biasa. Ianya sesuatu yang mengingatkan kenapa dia kekal relevan sampai sekarang.


Colony dijadualkan tayang pada Mei 2026, dan kalau tengok pada hype awal ni, besar kemungkinan ia akan jadi antara filem Korea yang wajib tengok tahun depan.


Untuk peminat genre thriller dan survival, ini memang satu comeback yang patut diberi perhatian.

Comments


bottom of page