top of page

Joy Splash KL: Malam Penuh Emosi Bersama ReVeluvs

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 9 hours ago
  • 2 min read

Konsert Joy Splash KL memang bukan biasa-biasa. Bila Joy turun ke Zepp Kuala Lumpur pada 25 April lalu, suasana terus bertukar jadi satu malam yang penuh emosi, dekat, dan jujur, macam jumpa kawan lama yang dah lama tak jumpa.


Lebih 1,500 ReVeluvs hadir, dan dari awal lagi, Joy atau nama sebenarnya Park Soo-young dah set tone yang intimate. Lagu “Hello” jadi pembuka, dan terus buat crowd ‘cair’. Bukan sekadar nyanyi, vibe dia lebih kepada sesi healing beramai-ramai.


Sepanjang malam, Joy hidangkan kombinasi lagu solo dan OST K-Drama yang memang kena dengan jiwa. Antara yang buat ramai ‘terdiam sekejap’ termasuk “Je T’aime”, “La Vie En Rose” dan beberapa lagu runut bunyi seperti “Introduce Me a Good Person” dan “My Lips Like Warm Coffee”. Memang rasa macam tengah tengok drama, tapi live.


Bila masuk bahagian lagu Red Velvet pula, suasana terus berubah. Dari emosi ke hype. Persembahan “Red Flavor”, “Feel My Rhythm” dan “Peek-a-Boo” buat satu dewan Zepp ‘hidup’ balik. Energy Joy atas pentas memang konsisten, tak penat, tak drop.


Apa yang buat malam tu lagi special adalah interaksi dia dengan peminat. Joy banyak berborak, kongsi rasa rindu, dan yang paling kena dekat hati bila seorang peminat berkongsi cerita tentang anxiety dan bagaimana muzik Joy jadi ‘penyelamat’.


Moment tu memang lain macam.


Joy sendiri nampak tersentuh. Dari situ jelas, konsert ni bukan sekadar perform tapi ruang untuk connect. Dua hala. Bukan artis dengan peminat je, tapi manusia dengan manusia.


Segmen acapella “Ice Cream Cake” pula jadi antara highlight. Simple, tapi meaningful. Ditambah dengan encore lagu macam “Zimzalabim” dan “You Better Know”, malam tu ditutup dengan penuh puas hati.


Menariknya, ramai peminat yang datang bukan sekadar nak tengok Joy tapi ada harapan lebih besar. Lepas solo tour masing-masing, ramai yang dah mula rindu nak tengok Red Velvet perform sebagai satu kumpulan semula.


Boleh kata, Joy dah ‘panaskan’ KL. Tinggal tunggu je bila pula Red Velvet nak turun satu stage sama-sama?

Comments


bottom of page