top of page

Joey Daud Kembali Dengan Single “Wamwamsam” Komedi Pop Rock

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Pelakon dan pelawak terkenal, Joey Daud kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single baharu berjudul Wamwamsam!


Sebuah karya eksperimental bergenre komedi pop rock yang sarat dengan mesej pendidikan dan wawasan.


Menggabungkan irama rancak, lirik sinikal dan elemen humor, Wamwamsam menyentuh isu penting seperti pembentukan jati diri dan kepentingan ilmu dalam membina masa depan.



Lagu ini merupakan hasil kolaborasi bersama komposer muda Ilham Nasir dan Hidayat Nasir di bawah label Luncai Emas, serta menampilkan rap istimewa oleh A.D dari kumpulan Isohbatos, membawa sentuhan unik dari Sabah.


“Wamwamsam mungkin kedengaran lucu, tapi maknanya mendalam,” kata Joey.

Video muzik rasmi lagu ini diarahkan oleh Amen Khalid, anak kepada Allahyarham Mamat Khalid, dan turut menjadi teaser kepada filem Daud M yang sedang dibangunkan.


Wamwamsam kini boleh distrim di semua platform digital.



Comentarios


bottom of page