Jisoo BLACKPINK & Zayn Malik Bakal Gegarkan Dunia Dengan Kombinasi Kpop x British R&B "Eyes Closed"
- Atiqah Halim
- 7 days ago
- 2 min read

Siapa sangka Jisoo BLACKPINK dan Zayn Malik yang merupakan dua nama besar dari dua dunia muzik berbeza akhirnya bersatu dalam satu lagu yang sudah tentu akan buat internet terbakar? Lagu duet mereka berjudul “Eyes Closed” bakal dilancarkan 10 Oktober 2025, dan peminat dua-dua fandom dah mula countdown.
Kolab ni menandakan projek antarabangsa pertama Jisoo sebagai solo artis selepas debut solo dia tahun lepas. Kalau sebelum ni Jennie dah conquer pasaran global dengan The Weeknd, Rosé dengan Bruno Mars, dan Lisa pula meletup di US chart, nampaknya sekarang giliran Jisoo nak tunjuk dia bukan sekadar ‘visual’ kumpulan.
Menariknya, bukan setakat nyanyi, Jisoo juga tercatat sebagai salah satu penulis lagu ni. Jadi, dia bukan sekadar figure depan kamera, tetapi dia turut curah idea dan emosi sendiri dalam lirik Eyes Closed. Respect gila!

Berdasarkan teaser pendek yang sempat muncul kat Instagram Stories Zayn dan Jisoo minggu lepas, lagu ni dikatakan bergenre R&B balada slow-tempo, penuh emosi dan harmoni vokal yang smooth.
Ramai peminat cakap ton suara deep Zayn dan vokal lembut Jisoo tu macam yin & yang, kontras tapi ngam. Ada yang siap tulis kat X (Twitter):
“Suara Jisoo + Zayn = healing but also heartbreak.”
Dan honestly, kita setuju.
Peminat tegar Jisoo dah lama hidu sesuatu bila dalam MV “Earthquake”, satu paparan telefon menunjukkan masa “10:10” .. rupanya itu clue untuk tarikh rilis 10 Oktober (10/10). Girl literally dropped Easter egg depan mata kita! Genius move.
Zayn sebelum ni pernah mention dia tengah bekerjasama dengan “cool collaborator from Asia” dan boom, rupa-rupanya yang dimaksudkan ialah Jisoo.
Ada juga spekulasi Eyes Closed ni akan masuk dalam album terbaru Zayn yang tengah dalam proses akhir, menjadikannya antara lagu yang paling dinanti-nantikan tahun ni.
Hashtag #JisooXZayn dan #EyesClosed dah trending di X dan TikTok tak sampai sejam selepas teaser keluar. Peminat global tengah buat teori dari setiap frame teaser, termasuk warna outfit, caption cryptic, dan emoji mata yang dua-dua artis guna.

BLINKs nampak excited sebab ni peluang besar untuk Jisoo naik ke pasaran barat, manakala peminat Zayn pula anggap ni era baru selepas comeback solo dia. Dua fandom besar bersatu = internet chaos yang best.
Jujurnya, kolaborasi ni bukan sekadar gimmick. Ia tanda era baru di mana Kpop dan artis barat dah tak ada sempadan. Jisoo tengah buktikan dia bukan sekadar visual cantik, tapi seorang seniman yang boleh berdiri sebaris dengan nama besar antarabangsa.
Dan kalau suara dia dengan Zayn blend macam dalam teaser tu… kita semua done for.
Comments