top of page

Jessica Jung Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Pertama Jelajah ‘Reflections’!

  • Writer: N
    N
  • 5 days ago
  • 2 min read

Tahun 2026 nampaknya akan bermula dengan penuh gemilang buat para peminat Jessica Jung, apabila figura Korea-Amerika ini kembali ke Malaysia untuk membuka tirai jelajah konsert terbaharunya, Jessica Concert Tour 2026 <Reflections>.

ree

Konsert tersebut dijadual berlangsung pada 11 Januari 2026 (Ahad), jam 7.00 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, sebuah lokasi yang cukup sinonim dengan persembahan besar artis antarabangsa.


Buat para peminat setia yang digelar Golden Stars, kehadiran Jessica kali ini bukan sekadar konsert biasa. Reflections dijanjikan sebagai persembahan penuh emosi dan artistik yang meraikan perjalanan kariernya sejak debut bersama kumpulan Girls’ Generation (SNSD) pada tahun 2007 hingga kini.


Gabungan vokal lembut Jessica, persembahan tari yang menawan dan visual pentas yang immersive pasti memberikan pengalaman audio visual yang tidak akan dilupakan.


Sejak meninggalkan SNSD, Jessica terus membina empayar seni dan bisnesnya sendiri. Sebagai penyanyi dan penulis lagu, beliau menghasilkan beberapa EP popular seperti With Love, J dan Wonderland (2016), diikuti My Decade (2017) dan Beep Beep (2023).

ree

Antara lagu hits yang menjadi kegemaran peminat termasuk Fly (feat. Fabolous), Get It? Got It? Good (feat. Amber Liu), Big Mini World, Summer Storm dan Falling Crazy In Love.

Selain muzik, Jessica turut aktif di pentas hiburan China termasuk meraih tempat kedua dalam program realiti “Sisters Who Make Waves 3” serta muncul dalam rancangan The Treasured Voice musim keempat.


Jessica bukan sahaja penyanyi, beliau juga pengasas jenama fesyen Blanc & Eclare, penulis novel “Shine” dan sambungannya “Bright”, serta pelakon muzikal dan filem seperti Legally Blonde, I Love That Crazy Little Thing dan My Other Home.


Kepelbagaian bakatnya menjadikan Reflections sebagai cerminan perjalanan karier yang benar-benar layak diraikan di pentas global.


Tiket Jessica Concert Tour 2026 <Reflections> in Malaysia akan mula dijual pada 20 November 2025 (Khamis), jam 3 petang menerusi laman www.fantopia.io dan rwgenting.com.

ree

Kategori tiket:

  • RM988 (VIP)

  • RM788 (PS1)

  • RM588 (PS2)

  • RM488 (PS3)

  • RM288 (PS4)

Semua harga termasuk caj pemprosesan RM4. Untuk maklumat lanjut dan pengumuman rasmi, ikuti akaun @ht.entertainmentcompany di Instagram.


Nampaknya 2026 bakal jadi tahun yang bersinar untuk semua Golden Stars Malaysia, masa untuk bersiap sedia menyambut Reflections bersama Jessica Jung di Genting!

Comments


bottom of page