Jessi Gegar Dunia Muzik Dengan ‘Newsflash’, Capai Lebih 4 Juta Tontonan
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Penyanyi, rapper dan ikon fesyen Korea-Amerika, Jessi kembali mencetuskan fenomena dalam industri muzik menerusi single terbaharunya berjudul Newsflash, yang kini telah meraih lebih 4 juta tontonan di YouTube hanya dalam lima hari sejak pelancarannya.
Video muzik rasmi Newsflash, yang dimuat naik ke saluran rasmi YouTube Jessi, menampilkan sisi matang dan berani beliau dalam memperjuangkan ekspresi diri.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial miliknya, Jessi menzahirkan penghargaan penuh emosi kepada para peminat.
“Saya jauh daripada sempurna, tapi anda semua adalah sebab kenapa saya terus kuat. Anda dapat melihat kebenaran disebalik semua naratif palsu. Sekarang saya tahu saya benar-benar ada peminat sejati di dunia ini,” tulis Jessi, penuh semangat.

Beliau juga tidak ketinggalan memberikan penghormatan kepada legenda hip hop Amerika, Jadakiss, yang tampil sebagai penyokong dan figura penting dalam pembikinan Newsflash.
Dengan lirik berani dan produksi yang mantap, Jessi sekali lagi mengukuhkan posisinya sebagai antara suara wanita paling berpengaruh dalam muzik K-pop dan hip hop global.
Untuk peminat yang belum menonton, Newsflash kini boleh distrim di platform YouTube Jessi dan semua platform muzik digital utama.
Comments