top of page

JEON SOMI Umum Fan Sign Tour 2025 di Kuala Lumpur, Peminat Berpeluang ‘Hi-Bye’ Face-to-Face!

  • Writer: N
    N
  • 5 minutes ago
  • 2 min read

Peminat K-pop di Malaysia bakal menikmati pengalaman paling eksklusif hujung tahun ini apabila JEON SOMI mengumumkan 2025 Fan Sign Tour di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2025 (Selasa) di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Center.

ree

Dianjurkan oleh T-Rex Studio Sdn Bhd, acara ini menjanjikan sebuah malam penuh keterujaan dan momen peribadi antara SOMI dan peminat setianya.


Ini bukan fan meeting biasa.Setiap pemegang tiket akan menikmati sesi “Hi-Bye” di mana mereka dapat bertemu SOMI secara berdepan, memberi salam, dan berkongsi detik istimewa yang pasti sukar dilupakan.


Selain itu, semua peminat akan menerima album baharu SOMI, Chaotic & Confused, bersama poster rasmi dan photocard eksklusif menjadikannya sebuah koleksi kenangan yang lengkap.


Menurut wakil penganjur T-Rex Studio Sdn Bhd:

“Acara ini tentang meraikan hubungan antara SOMI dan peminat. Kami mahu peminat di Malaysia merasai momen intimate yang tulus bersama dia, sesuatu yang akan dikenang bertahun-tahun.”
ree

Fan Sign Tour ini hadir seiring pelancaran album terbaru SOMI, Chaotic & Confused, yang bakal dikeluarkan pada 11 Ogos 2025. Album ini menampilkan evolusi muzik dan gaya SOMI yang lebih matang, bold, dan penuh ekspresi.


Sorotan Album:

  • Menampilkan sound baharu yang lebih bertenaga dan emosional

  • Hadir dalam dua versi koleksi: Chaotic dan Confused

  • Setiap versi dilengkapi photobook, lenticular card, random photocard & pelbagai special inclusion lain

  • Album ini turut diberikan secara percuma kepada semua pemegang tiket Fan Sign Tour KL


Melalui album ini, SOMI mengajak peminat mengikuti fasa baru perjalanan seninya — satu gabungan tenaga, emosi, dan kejujuran artistik.


Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)

Masa: 8:00 PM – 10:00 PM (Pintu dibuka 5:00 PM)

Lokasi: Dewan Wawasan Convention & Exhibition Center, Kuala Lumpur

Penganjur: T-Rex Studio Sdn Bhd

Platform Tiket: TicketMelon

Harga Tiket: RM288 | RM388 | RM588 | RM688 | RM788


Setiap kategori tiket menawarkan zon tempat duduk berbeza serta manfaat fan yang eksklusif. Tiket dijangka habis dijual dengan cepat, jadi peminat dinasihatkan untuk membuat pembelian awal.

ree

JEON SOMI ialah antara solois K-pop paling berpengaruh ketika ini — terkenal dengan vokal mantap, pesona pentas memukau serta gaya fesyen yang sentiasa menjadi ikutan. Antara hit besar beliau termasuk:

  • DUMB DUMB

  • XOXO

  • Fast Forward


Dengan Chaotic & Confused, SOMI meneruskan perjalanan sebagai artis yang fearless, kreatif, dan mempunyai hubungan erat dengan peminat global.


Fan Sign Tour 2025 ini bukan sekadar acara hiburan, ia adalah peluang unik untuk peminat Malaysia berjumpa SOMI secara peribadi, meraikan muzik baharunya, dan berkongsi detik yang akan diingati selamanya.


Kaypohpers yang minat SOMI, ini masa korang bersedia!

Comments


bottom of page