top of page

Jeon Somi Kembali Lebih "EXTRA" 7 Julai Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Bintang K-pop popular, Jeon Somi, kembali menggamatkan dunia muzik dengan pengumuman pelancaran single digital terbaharunya berjudul ‘EXTRA’ , yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 Julai 2025.


Berita ini diumumkan secara rasmi menerusi akaun media sosial rasminya, @somi_official_, lengkap dengan visual hitam putih yang memukau dan aura penuh keyakinan. 

Gaya Somi yang berambut pendek platinum blonde dengan ekspresi misteri membayangkan kelainan konsep dan identiti muzik yang bakal ditampilkan menerusi lagu ini.


Para peminat kini boleh melakukan pre-save lagu ‘EXTRA’ melalui pautan rasmi di https://jeonsomi.bio.to/EXTRA .


Comments


bottom of page