top of page

JBL x Monsta Asia Lancar ‘Kita Live House Series’: Pentas Baharu Bakat Muzik Malaysia di GoodNosh PJ Disember Ini

  • kaypohmedia
  • Nov 17
  • 1 min read

Disember ini bakal jadi lebih meriah buat para peminat muzik tempatan! JBL berkolaborasi dengan Monsta Asia dan GoodNosh PJ untuk memperkenalkan satu pengalaman hiburan baharu yang intim, segar dan imersif Kita Live House Series, sebuah siri persembahan langsung yang mengetengahkan bakat-bakat muzik baru Malaysia.

ree

Bertempat di GoodNosh PJ @ The Third Space, siri ini akan berlangsung setiap malam Sabtu sepanjang bulan Disember, membawa peminat menyelusuri pelbagai genre dan suara unik daripada artis-artis muda yang sedang mencipta gelombang dalam industri.


Setiap minggu menampilkan dua artis baharu, masing-masing membawa identiti dan energi tersendiri daripada storyteller soul yang memukau sehinggalah duo eksperimen yang berani mengubah landskap muzik tempatan.

ree

Line-Up Rasmi Kita Live House Series:

  • Session 1: 6 Dis 2025 – Irsa & The Fellowship dan FUAD Duo

  • Session 2: 13 Dis 2025 – AVA dan The Baby Cosmos

  • Session 3: 20 Dis 2025 – BeatNation dan Dadeft

  • Session 4: 27 Dis 2025 – SHN dan Eevone

Khas buat peminat muzik indie dan alternatif, siri ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri “future sounds of Malaysia”.


Kita Live House Series bukan sekadar gig — ia membawa konsep sound immersion experience yang ditunjangi barisan produk audio premium JBL. Pengunjung berpeluang mencuba teknologi audio terkini dan merasai sendiri maksud “Feel the Sound, Live the Moment”.

ree

Untuk memastikan mood sentiasa on point, GoodNosh akan menghidangkan signature Kombucha Origin brew mereka sepanjang malam.Kalau nak upgrade ke mocktail? Tambah RM5 sahaja!Serius, kombinasi muzik + kombucha = perfect vibe.


Peminat boleh memilih dua jenis pass:

  • Standard General Pass – RM45 (Termasuk kemasukan untuk satu sesi.)

  • Sip & Sound Pass – RM60Termasuk kemasukan + 1 Kombucha Origin oleh GoodNosh.


Setiap tiket sah untuk satu sesi sahaja. Pembelian tiket dibuka hingga 30 November 2025.

Comments


bottom of page