Jasmine Oppa Rice: Beras Tempatan Pertama Di Malaysia Untuk Pengalaman Makanan Korea Sebenar
- N

 - 7 hours ago
 - 1 min read
 
Kegilaan rakyat Malaysia terhadap budaya Korea nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda surut daripada muzik K-pop, drama K-drama hinggalah ke dunia kulinari. Kini, peminat makanan Korea boleh menikmati rasa autentik hidangan negara itu dengan Jasmine Oppa Rice, beras tempatan pertama yang dihasilkan khas untuk masakan Korea.

Dilancarkan oleh Jasmine Food Corporation, Jasmine Oppa Rice menampilkan tekstur lembut, gebu dan sedikit kenyal ciri utama nasi Korea sebenar yang sempurna untuk hidangan popular seperti bibimbap, nasi goreng kimchi dan kimbap.
“Rakyat Malaysia telah menerima gelombang Korea dalam pelbagai cara dan makanan menjadi sebahagian besar daripada hubungan itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation, Alan Kwong. “Dengan Jasmine Oppa Rice, kami mahu memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman makan seperti di Korea, tanpa perlu ke luar negara,” tambahnya.

Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor, turut dihadiri oleh tetamu kehormat, rakan perniagaan, influencer dan pihak media. Para jemputan dihidangkan dengan pelbagai hidangan inspirasi Korea dan tayangan khas filem G-Dragon in Cinema: Ubermensch, menambahkan lagi suasana “Oppa vibes” pada acara itu.
Menariknya, walaupun diinspirasikan daripada budaya Korea, Jasmine Oppa Rice dibungkus secara tempatan dan dijamin berkualiti tinggi menjadikannya pilihan ideal bagi rakyat Malaysia yang mahu menikmati masakan Korea asli dengan mudah di rumah.
Produk ini kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai runcit seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jasmine.com.my atau ikuti @JasmineFoodMY di media sosial.









Comments