top of page

Janji With Dayang Raih Sambutan Luar Biasa, Tiket Habis Dijual!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 30 minutes ago
  • 1 min read

Tiket persembahan eksklusif Janji With Dayang telah habis dijual dalam masa yang sangat singkat sebaik sahaja ia dibuka kepada umum pada jam 12 tengah hari tadi!


Fenomena ini sekali gus membuktikan penangan dan aura hebat Dayang Nurfaizah di hati para peminat tanah air.


Dua lokasi pilihan, iaitu Penang dan Kuala Lumpur bakal menjadi saksi persembahan penuh emosi dan magis daripada penyanyi tersohor negara itu. 


Peminat yang berjaya mendapatkan tiket pastinya tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan vokal dan penghayatan Dayang secara langsung di atas pentas.


Pihak Usanita Entertainment dan Mask Team meluahkan rasa syukur dan terharu atas sambutan luar biasa yang diterima. 


“Kami amat teruja melihat sambutan luar biasa ini dan kami sedang merancang untuk menambah tiket persembahan untuk kedua-dua lokasi. Nantikan pengumuman lanjut di media sosial,” katanya.

Bagi peminat yang terlepas peluang mendapatkan tiket, usah kecewa. Teruskan mengikuti perkembangan melalui saluran rasmi Usanita Entertainment dan Mask Team kerana pengumuman baharu bakal dibuat tidak lama lagi.


Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi janji emosi dan kenangan bersama Dayang Nurfaizah yang pastinya akan terpahat di hati setiap penonton.

Comentarios


bottom of page