Jackson Wang Lancar "Made Me a Man" Tampil Lebih Matang dan Emosional
- Ain Najihah
- 11 minutes ago
- 1 min read

Jackson Wang, artis solo antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli kumpulan K-pop GOT7, kembali mencuri perhatian dunia dengan pelancaran video muzik rasmi terbaharunya yang bertajuk “Made Me a Man”, ditayangkan secara global pada hari ini!
Lagu ini bukan sekadar penambahan biasa dalam senarai karyanya sebaliknya ia menandakan satu babak baharu dalam evolusi artistik Jackson, khususnya dalam membawa sisi peribadi dan jujurnya sebagai pengkarya muzik.
Video muzik “Made Me a Man”, telah mencatat lebih 100,000 tontonan dan ini membuktikan populariti luar biasa bagi Jackson Wang di peringkat global.
Dalam muzik video ini, Jackson tampil dengan ekspresi yang penuh emosi. Visual yang dramatik juga menjadikan karya ini antara yang paling berkesan dalam portfolio seninya.
Apa yang membezakan Jackson Wang daripada ramai artis seangkatan ialah komitmennya terhadap karya yang berjiwa.



“Made Me a Man” bukan sahaja menyerlahkan keupayaannya sebagai penyanyi dan penulis lagu, tetapi juga sebagai seorang seniman visual.
Projek ini membuktikan bahawa muzik bukan sekadar untuk didengar, tetapi juga untuk dirasai.
Dalam era di mana banyak lagu bergantung pada formula popular, Jackson memilih untuk menyampaikan cerita yang lebih personal, beremosi dan reflektif.
Ia menjadi satu pendekatan yang semakin jarang ditemui dalam pasaran arus perdana.
Jackson Wang sekali lagi membuktikan bahawa muzik yang datang dari hati masih mampu menyentuh jutaan jiwa.
Comentários