top of page

Isyana Sarasvati dan Hindia Cipta Magis Baharu dalam 'Hari Ini'

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Apr 30
  • 1 min read


Dua nama besar dalam industri muzik Indonesia, Isyana Sarasvati dan Hindia bakal membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan menerusi kolaborasi eksklusif berjudul ‘Hari Ini’. Lagu ini dijadualkan untuk dilancarkan pada hari Jumaat ini dan telah mula mencuri perhatian ramai dengan sedutan visual berdurasi 17 saat yang penuh misteri dan emosi.


Dalam sedutan tersebut, penonton disajikan dengan gabungan sinematografi yang artistik dan ekspresi wajah yang mendalam sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu terhadap jalan cerita di sebalik lagu ini. Penampilan Isyana dengan gaya avant-garde serta babak emosional yang menampilkan pelakon berusia turut memberi impak yang kuat dan simbolik.



Isyana Sarasvati sememangnya tidak asing dalam menyampaikan karya beremosi dan penuh jiwa. Gandingannya bersama Hindia iaitu artis yang terkenal dengan lirik puitis dan nuansa alternatif telah menjadikan ‘Hari Ini’ sebagai satu kolaborasi yang cukup dinantkani oleh peminat muzik tanah air.


Para peminat telah membanjiri ruangan komen dengan rasa teruja, malah ramai yang menyatakan tidak sabar untuk mendengar lagu penuh. Visual yang dipersembahkan bukan sahaja unik tetapi membawa harapan bahawa lagu ini akan menjadi antara karya terbaik tahun ini.


Nantikan pelancarannya Jumaat ini 2 May 2025 dan bersedia untuk dihayati dengan sebuah karya yang dijangka akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendengar.


Comments


bottom of page