Ismail Izzani Bawa Pendengar "Tenggelam" Bersama
- Ain Najihah
- Jun 19
- 1 min read
Selepas menyepi seketika, penyanyi popular Ismail Izzani kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbarunya berjudul Tenggelam, yang telah dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun 2025.
Lagu ini bukan sekadar menyajikan melodi yang memukau, malah hadir bersama video muzik yang penuh emosi dan estetika visual yang berani dan mendalam.
Tenggelam merupakan hasil kerjasama mantap antara Ismail dan nama-nama besar dalam produksi muzik seperti Brendan Lim Seng Meng dan Amanda Gnai Song Hui.
Lagu ini ditulis oleh Ismail sendiri bersama Brendan, dan digubah dengan sentuhan kreatif MFMF.
Dari segi produksi video pula, muzik video Tenggelam diarahkan oleh Lily Samsuddin dan diterbitkan oleh Ghazi Maslan.
Visual dalam muzik video ini menyerlahkan konsep minimalis dan dramatik dengan pencahayaan merah yang intens, menggambarkan konflik dalaman dan perasaan tenggelam dalam emosi, sejajar dengan tema lagu itu sendiri.
Muzik video ini berjaya mencapai jumlah tontonan yang mencecah hampir 5,000 tontonan dalam masa singkat. Ini jelas membuktikan bahawa peminat masih setia menantikan karya-karya segar daripada Ismail Izzani.
Tenggelam bukan sekadar lagu cinta biasa tetapi ia adalah ekspresi jiwa yang merintih dalam senyap. Jika anda belum mendengarnya, inilah masanya untuk hayati sendiri kelunakan vokal Ismail dan visual yang menyentuh rasa.
Comentarios