top of page

Ismail Izzani Akan Kembali dengan "Tenggelam" Jun Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 28
  • 1 min read


Penyanyi muda berbakat, Ismail Izzani, sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila video latihan koreografinya untuk single terbaharu yang  berjudul "Tenggelam" mula tular di media sosial.


Menerusi perkongsian daripada akaun rasmi Ismail Izzani di TikTok, Ismail dilihat gigih berlatih tarian bersama pasukan penarinya di sebuah studio.



Dalam video berdurasi 23 saat itu, Ismail menampilkan gaya tarian yang lincah dan bertenaga, menggambarkan kesungguhannya dalam mempersembahkan yang terbaik buat peminat. 


Single "Tenggelam" dijangka dilancarkan pada Jun ini dan peminat sudah mula meluahkan rasa tidak sabar untuk menikmati lagu serta persembahan penuh dari penyanyi kesayangan mereka itu.


Dengan bakat yang dimilikinya dan usaha yang tidak pernah putus, "Tenggelam" dijangka menjadi satu lagi hit dalam portfolio muzik Ismail Izzani. Nantikan kemunculannya Jun ini pastinya ia akan membuat peminat “Tenggelam” dalam irama dan emosi yang dibawakan.


Comments


bottom of page