top of page

Insomniacks Terus Cipta Rekod, "Reminisensi" Cecah 30 Juta Strim di Spotify!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan pop tempatan, Insomniacks, terus mengukuhkan kedudukan mereka di dalam industri muzik apabila lagu popular mereka “Reminisensi” telah mencapai 30 juta strim di Spotify.


Kejayaan ini menjadikan “Reminisensi” sebagai lagu ketiga yang berjaya mencapai angka strim setinggi itu di platform penstriman muzik global tersebut. Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat artis tempatan.


Insomniacks dikenali dengan identiti muzik yang segar serta lirik dekat dengan jiwa pendengar muda. Insomniacks terus membuktikan bahawa karya tempatan mampu mencipta impak besar di arena digital. 


Kejayaan yang diraih kini membuatkan Insomniacks semakin kukuh sebagai antara band paling berpengaruh dalam landskap muzik Malaysia. 


Comments


bottom of page