Imran Ajmain Umum Harga Tiket Konsert “Malam Seribu Tahun Lagi”!
- kaypohmedia
- 2 days ago
- 1 min read

Selepas pengumuman rasmi tentang konsert “Malam Seribu Tahun Lagi” oleh Imran Ajmain baru-baru ini, ramai peminat mula membanjiri media sosial dengan soalan paling penting: “Bila tiket nak jual?” dan “Berapa harga tiket?”
Jawapannya akhirnya telah tiba dan anda mungkin nak set reminder sekarang juga! Tiket akan mula dijual pada 20 Jun 2025, jam 3 petang. Hanya di laman rasmi: imranajmain.com
Berikut harga tiket yang telah diumumkan:
RM88 – Presales (untuk pembelian awal, selagi stok masih ada)
RM98 – Harga normal
RM158 – Meet & Greet eksklusif bersama Imran (terhad kepada 50 orang sahaja!)
Kalau anda seorang peminat tegar lagu Seribu Tahun, atau anda pernah melalui zaman cinta monyet dengan lagu-lagu Imran sebagai soundtrack hidup konsert ini bukan sekadar persembahan, tapi sebuah pengalaman.
Jadi, jangan lepaskan peluang. 20 Jun ini, buka laman imranajmain.com tepat jam 3 petang, dan rebut tempat anda sebelum tiket habis!
Comments