Iftar Rumah Lauk Putrajaya Tampil Rusa Golek
- Tasnim Ahmad
- 5 days ago
- 1 min read
Iftar Rumah Lauk antara bufet Ramadan yang mula jadi sebutan di Putrajaya. Lokasinya di Nafoura Hall, Shaftsbury Putrajaya dan yang paling mencuri perhatian mestilah menu Rusa Golek setiap hari. Ya, bukan kambing. Rusa.

Dengan lebih 150 hidangan kampung dan warisan Malaysia, konsepnya ringkas: “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”. Maksudnya, rasa masakan rumah yang biasa kita rindu waktu berbuka tapi dalam suasana lebih selesa dan meriah. Harga pula bawah RM100, masih dalam kategori mesra poket untuk kawasan Lembah Klang.
Selain pilihan lauk yang banyak, ada juga persembahan buskers setiap hari dan selebriti jemputan pada hujung minggu. Surau turut disediakan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih, jadi tak perlu risau bab kemudahan.
Menariknya, penganjur turut adakan cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 dengan hadiah wang tunai dan emas. Untuk pembukaan, 200 pelanggan terawal dapat makan percuma, memang siapa cepat dia dapat.
Di sebalik bufet ini ialah Marvelous Mama Sdn Bhd, pengeluar makanan sejuk beku tradisional yang produknya sudah dieksport ke Dubai dan London. Mereka juga merancang buka restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur hujung April ini.
Kalau tahun ini nak cuba kelainan daripada bufet biasa, Iftar Rumah Lauk mungkin boleh masuk dalam shortlist anda.



Comments