top of page

i-dle Kembali dengan EP “We made” Julai Ini

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kalau sebut nama i-dle, memang susah nak kaitkan mereka dengan “low profile”. Setiap kali ada comeback, mesti ada saja benda yang buat peminat berhenti scroll dan terus masuk mode spekulasi. Kali ini, mereka kembali dengan EP terbaru berjudul “We made” yang akan dilancarkan pada 6 Julai, dan seperti biasa, vibe comeback kali ini dah mula jadi perbualan hangat dalam kalangan peminat K-pop.


Pengumuman rasmi ini datang daripada agensi mereka, Cube Entertainment, yang mengesahkan bahawa EP ini adalah comeback pertama mereka selepas kira-kira enam bulan sejak single terakhir, “Mono”.


Menariknya, “We made” terus mencuri perhatian bukan sebab lagu atau tracklist lagi, tapi kerana teaser visual yang dilepaskan. Imej yang digunakan menampilkan konsep thermal imaging dan X-ray-inspired visuals, sesuatu yang jarang kita lihat dalam promosi K-pop arus perdana. Visual ini nampak seperti cuba menterjemahkan emosi manusia dalam bentuk yang lebih “fizikal”.


Dalam masa sama, tajuk EP itu sendiri, “We made”, turut menjadi bahan perbualan. Ada yang melihatnya sebagai simbol kepada identiti i-dle yang terkenal dengan penglibatan aktif dalam proses kreatif muzik mereka sendiri, terutama Jeon Soyeon yang sering terlibat dalam penulisan dan produksi lagu. Ada juga yang berpendapat ia mungkin merujuk kepada hubungan, pengalaman atau emosi yang “dicipta bersama”, menjadikan keseluruhan konsep ini terbuka kepada banyak interpretasi. Seperti biasa, i-dle memang suka biarkan peminat “buat kerja sendiri” untuk decode mesej mereka.



Dengan semua elemen ini, teaser yang misteri, tajuk yang terbuka kepada tafsiran, dan jadual world tour yang masih berjalan, tak hairanlah kalau “We made” sudah pun menjadi antara comeback K-pop yang paling dinanti untuk pertengahan tahun ini.

Comments


bottom of page