top of page

HYPE REPUBLIC 2025 Gegar Bukit Jalil, Barisan Artis Paling ‘Hype’ Turun Padang!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jun 18
  • 1 min read

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal berubah menjadi medan gegaran muzik apabila HYPE REPUBLIC 2025 kembali dengan barisan artis paling hangat dalam industri!

 

Konsert mega yang dijalankan pada 13 Disember ini menampilkan gabungan nama-nama besar seperti Yonnyboii, Zynakal, Luqman Podolski, Bunga, Zubir Khan dan ramai lagi.


 

Lebih mengujakan, satu lagi nama misteri masih dirahsiakan menambahkan lagi debaran dan spekulasi peminat yang tidak sabar menanti pengumuman penuh.

 

Lebih menarik, peminat yang membeli tiket dalam tempoh early bird berpeluang menyertai lucky draw eksklusif yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan termasuk meet & greet bersama artis, barangan edisi terhad dan akses belakang pentas.

 


Nikmati harga istimewa early bird dengan potongan 20% sehingga 14 Julai 2025. Tiket HypeZone ditawarkan pada harga RM188 termasuk T-shirt eksklusif, General Admission pada RM138, manakala tiket VIP berharga RM308. Pilihan tempat duduk lain termasuk CAT 1 (RM208) dan CAT 2 (RM148).

 

Tiket boleh dibeli menerusi laman rasmi hyperrepublic.ubertickets.asia. Jangan tunggu saat akhir, tiket dijangka laris!

 

Ayuh, tandakan kalendar anda. 13 Disember, Bukit Jalil. Jangan hanya dengar cerita, jadi sebahagian daripada sejarah muzik moden Malaysia!



Comments


bottom of page