Hun Haqeem Bakal Buat Penampilan Khas di KLCC Bersama Emporio Armani!
- Ain Najihah
- 4 hours ago
- 1 min read

Pelakon dan ikon gaya terkenal, Hun Haqeem, bakal mencuri tumpuan peminat pada hujung minggu ini apabila beliau dijadualkan membuat penampilan khas bersama jenama mewah Emporio Armani!
Acara eksklusif ini akan berlangsung pada:29 Jun 2025 yang bertempat di Suria KLCC, Centre Court, Level Concourse pada jam 12 tengahari sehingga 2 tengahari.
Dalam poster rasmi yang dikongsikan, Hun Haqeem tampil memukau sambil memegang botol wangian "Stronger With You Intensely" iaitu satu pilihan yang menggambarkan pesona dan maskulin moden yang sinonim dengan dirinya.
Acara ini bukan sahaja menjanjikan momen istimewa bersama Hun Haqeem, malah turut menjadi peluang untuk mendekati dunia elegan Emporio Armani secara lebih dekat. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman eksklusif ini!
Comments