Hotlink Bawa Drama Kopitiam “Geng Bijak Berbajet”
- Atiqah Halim
- 2 days ago
- 2 min read

Kopitiam bukan sekadar port minum kopi ais RM3. Sekarang, ia jadi pentas siri drama TikTok terbaru TV3 Drama Sangat x Hotlink; Geng Bijak Berbelanja.
Berlatar belakangkan Kopitiam “Mei Mang Best”, drama mini 8 episod ini membawakan empat geng berbeza generasi yang terjumpa secara tak sengaja, tetapi terus menjadi skuad yang dipanggil Geng Bijak Berbajet. Dengan line-up yang padu, Riena Diana (Nisa, yang merupakan freelancer yang sering bergelut dengan ketagihan kopi ais), Zamrul Hisham (Uncle Din yang merupakan bekas guru berpengalaman), Angeline Tan (Aunty Mei yang merupakan pemilik kopitiam yang menggunakan buku kira-kira 555), dan Lorenzo Irmann (Mika yang merupakan seorang tech-savvy).
Konflik utama? Kopitiam legend itu tiba-tiba ada saingan dengan kafe hipster baru. Soalnya, bolehkan resepi old-school dan geng “jimat style” ini survive lawan vibe latte art & deco sign neon aesthetic?
Setiap episod yang berdurasi 3-5 minit akan dikeluarkan dengan tips jimat gaya Hotlink hacks, yang merupakan konsep yang ringan tetapi kena dengan situasi ekonomi kini kerana siapa sahaja yang tidak struggle untuk berjimat apabila kos hidup makin naik?
Platform: TikTok - @hotlink.official @dramasangat
Instagram - @hotlinkred @dramasangat
Tarikh Tayangan: Bermula dari 1 Oktober 2025
Waktu Tayangan: Setiap Rabu & Khamis, pada jam 12 tengah hari
Kata Puan Marlia Zul Amran (GM TV3), drama ini bukan sekadar lawak santai, tapi bagi meraikan bagaimana berbeza generasi boleh bersatu untuk mengupaskan tentang berjimat cermat. Hotlink sendiri pun masuk campur bukan setakat untuk menjual pelan telco murah, tetapi untuk tunjuk bahawa mereka “the real gang” apabila bercakap tentang hidup bijak bajet.

Majlis pelancaran lengkap dengan gimik pembukaan dari pelakon utama, dan episod pertama tayangan menunjukkan energy pelakon yang memang ngam, macam betul-betul geng satu meja kopitiam.
Jadi, kalau korang nak join #GengBijakBerbajet, jangan lupa tonton terus di TikTok atau Instagram Hotlink & Drama Sangat.
Comments