Hariz Fayahet Raih Tempat Pertama Minggu Ketiga Raise The Star Malaysia, Dua Peserta Tersingkir
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Saingan minggu ketiga program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia semakin hangat apabila peserta berbakat Hariz Fayahet berjaya menduduki tempat pertama!
Hariz menduduki tempat teratas dengan markah keseluruhan sebanyak 68.69%, menerusi tema minggu ini iaitu “My FYP”.
Mengikut rapat di kedudukan kedua dan ketiga ialah Rayme dengan 67.54% dan Aril Eles dengan 65.76%, yang sekali gus mengekalkan posisi mereka dalam kelompok The Five bersama Didie Shazry (61.55%) dan Sharee Lopes (60.10%).

Namun, pentas minggu ketiga turut menyaksikan penyingkiran dua peserta iaitu Khalyn yang memperoleh markah terendah sebanyak 35.24%, serta Faysal Saad yang mengutip 39.97%, sekaligus menamatkan perjuangan mereka dalam pertandingan.
Sementara itu, bintang meningkat naik Melinda Dadew mencuri perhatian juri dan penonton apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire, hasil persembahan cemerlang yang dipersembahkannya minggu ini.

Jangan ketinggalan menyaksikan Raise The Star Malaysia setiap minggu di Astro Ria, On Demand, Astro GO dan sooka, untuk terus mengikuti perkembangan peserta dan persembahan hebat yang mencabar kemampuan serta kreativiti mereka di atas pentas.

Commenti