Hari Raya Kustom Kembali, Art of Speed 2025 Gegarkan MAEPS Serdang Julai Ini!
- Nurul Safiah
- Jun 18
- 1 min read

Seruan untuk semua penggemar dunia kustom, gaya hidup alternatif dan adrenalin urban, Art of Speed 2025 kembali menyala!
Menyambut edisi ke-14, acara tahunan paling ikonik ini bakal menggegarkan MAEPS Serdang pada 26 dan 27 Julai dengan pelbagai pameran hebat, persembahan hangat dan semangat komuniti yang membara.
AOS2025 bukan sekadar pameran kereta dan motosikal, tetapi perayaan besar gaya hidup alternatif yang menyatukan dunia permotoran, seni jalanan, muzik live, streetwear, seni diecast dan budaya kolektif.

Tahun ini turut menampilkan penganjuran kali ketiga Hot Wheels Collectors Convention yang akan berlangsung di Hall C, pasti jadi destinasi wajib buat para pengumpul dan peminat tegar.
Suasana festival akan lebih meriah dengan adanya SoundCircus Takeover, ThunderCircus Biker Gathering, serta MotoCircus Artist Village yang menggabungkan kreativiti tanpa batas. Untuk kaki thrift, pasar vintage dan streetwear juga bakal menghiasi lokasi.
Acara tahun ini turut dimeriahkan dengan barisan artis hebat antaranya kumpulan lagenda Ruffedge, Romantic Echoes, Noah Salleh dan ramai lagi!

Menambah warna, pengunjung digalakkan untuk tampil dengan kod pakaian khas “Back To College” nostalgia dan gaya bersatu dalam satu tema.
Tiket kini boleh didapati secara rasmi di laman web www.artofspeedmy.com. Harga tiket bermula serendah RM35 untuk pembelian awal secara dalam talian.

Jadi, jangan tunggu lama, set tarikh, ambil cuti dan bersiap untuk sambutan paling epik dalam kalendar gaya hidup Malaysia.
Art of Speed adalah komuniti, budaya, dan satu pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Jumpa anda di MAEPS, dan raikan raya kustom dengan penuh gaya!

Comments