top of page

Hafizh Syahrin & Daddy Hood Sah Sertai Dunia Adik Beradik Roleplay

  • kaypohmedia
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) memperkenalkan dua ikon baharu mereka, pelumba negara Hafizh Syahrin dan streamer popular Daddy Hood, sebagai wajah rasmi dunia Adik Beradik Roleplay (ABRP).

ree

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir (MelRomeo), pemilihan kedua-dua figura ini dibuat kerana mereka mencerminkan semangat kekeluargaan, kompetitif dan komuniti yang menjadi tunjang ABKL.

“Mereka bukan sekadar wajah depan, tetapi ikon sebenar yang hidup bersama komuniti kami,” kata Muzammil.

Sebagai ikon rasmi, Hafizh dan Daddy Hood akan memainkan peranan dalam memperluas capaian ABKL di dalam dan luar negara, selain aktif sebagai streamer dan pemain tetap ABRP.

ree

Ketua Pegawai Teknologi ABKL, Mohd Hilmi Azli (Keiroy) menambah, kehadiran mereka memberi idea segar terutama dalam menggabungkan elemen automotif, hiburan dan gaya hidup moden ke dalam gameplay ABRP.


ABKL turut merancang pelancaran musim baharu ABRP, kerjasama dengan personaliti tempatan serta pembangunan ABKL Creator Hub bagi menyokong streamer dan content creator tempatan.

Dengan kemasukan dua ikon berpengaruh ini, ABKL yakin dunia roleplay tempatan akan terus berkembang sebagai komuniti digital positif dan inklusif untuk semua pemain Malaysia.


Ditubuhkan sejak 2021, Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) bermula sebagai jenama pakaian tempatan sebelum berkembang menjadi jenama komuniti digital dan gaming.

ree

Melalui Adik Beradik Roleplay (ABRP), ABKL kini menjadi salah satu platform roleplay paling aktif di Malaysia dan Asia Tenggara, dengan ribuan pemain aktif setiap hari.


Mereka kini menguruskan tiga pelayan FiveM utama AdikBeradik East, AdikBeradik West, dan AdikBeradik Mobile dengan komuniti lebih 100,000 ahli secara keseluruhan di platform Discord.

ree

Dengan kemasukan Hafizh Syahrin dan Daddy Hood, ABKL terus membuktikan bahawa dunia gaming bukan lagi sekadar hiburan tetapi satu gaya hidup, komuniti, dan masa depan industri digital Malaysia.

Comments


bottom of page