Gurindam Aidilfitri: Lagu Raya Ceria Dari Suria FM
- Tasnim Ahmad
- 2 minutes ago
- 1 min read
Bila sebut raya, mesti mood nak beraya terus muncul kan? Suria FM tak nak ketinggalan, baru-baru ini mereka lancarkan lagu dan muzik video Raya terbaharu bertajuk Gurindam Aidilfitri. Lagu ni dinyanyikan oleh barisan penyampai popular stesen radio tu sendiri iaitu Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin.

Dilancarkan pada 9 Mac 2026, Gurindam Aidilfitri padat dengan muzik ceria yang gabungkan elemen moden dan tradisional. Kalau dengar je, terus terasa vibe nostalgia raya sambil ingat balik momen berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan. Lagu ni hasil sentuhan kreatif daripada Lsandbeats Legacy, dengan komposer Luca Sickta dan Nazif Analog, manakala lirik ditulis bersama B-Heart.
MV lagu ni pula memang nampak lengkapkan suasana Aidilfitri, dari memohon maaf, kunjung-mengunjung, kongsi juadah raya, sampailah momen ambil gambar kenangan dengan family. Semuanya sambil menekankan semangat kebersamaan dan eratkan silaturahim.
Yang paling seronok, Suria FM perkenalkan Gurindam Aidilfitri Dance Challenge! Tarik perhatian ramai dengan hadiah tunai sehingga RM3,000 menanti. Peserta cuma ikut langkah tarian rasmi dalam MV. Lagi ramai join, lagi meriah. Juara bawa pulang RM1,500, tempat kedua RM1,000 dan tempat ketiga RM500.
Kalau nak tengok MV penuh, boleh layari saluran YouTube rasmi Suria FM atau Suria Malaysia. Jangan lupa follow media sosial mereka untuk info lanjut cabaran tarian ni. Memang rugi kalau tak join. Raya tahun ni mesti lebih meriah dengan lagu & tarian ni!



Comments