Glenn Fredly ‘Kembali’ ke Pentas Malaysia dengan Teknologi Hologram
- Nurul Safiah
- May 9
- 1 min read

Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada satu persembahan penuh magis apabila konsert Glenn Fredly: Holographic Performance Live in Malaysia dijadualkan berlangsung pada 18 Julai 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur!
Konsert ini membawa semula legasi Glenn Fredly melalui teknologi hologram, membolehkan peminat kembali merasai kehadiran dan pesona penyanyi tersohor Indonesia itu.
Menurut penganjur, Ibram Putra, konsert ini bukan sekadar hiburan, sebaliknya merupakan satu ruang untuk mengenang dan meraikan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Glenn sepanjang hayatnya.
Melodi dan bait puitis nyanyiannya masih hidup dalam jiwa peminat, dan teknologi hologram ini menjanjikan pengalaman yang penuh emosi dan nostalgia.
Menambahkan lagi keistimewaan, konsert ini turut menyaksikan penyatuan nama-nama besar dari Malaysia dan Indonesia seperti Mutia Ayu, isteri mendiang Glenn, Rian D’Masiv, Noh Salleh dan Nadira Adnan.
Mereka akan tampil bersama kumpulan pengiring asal Glenn, The Bakuucakar, dalam satu persembahan istimewa yang menyatukan cinta dan harmoni.

Tiket untuk menyaksikan konsert bersejarah ini mula dijual pada Isnin, 5 Mei 2025 menerusi laman sesawang rasmi www.ticket2u.com.my/GlennHologram.
Peminat dijemput hadir dan menjadi sebahagian daripada malam yang dijanjikan penuh emosi, cinta dan kenangan abadi!
留言