GIVĒON Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada Februari 2026
- Atiqah Halim

- 30 minutes ago
- 1 min read

Kuala Lumpur akhirnya tersenarai dan peminat R&B seluruh negara memang tengah senyum lebar. GIVĒON yang terkenal dengan vokal berat penuh rasa kini sah bakal turun ke Malaysia untuk konsert pertamanya pada 7 Februari 2026 di Idea Live Arena. Ramai dah tunggu lama untuk dengar Heartbreak Anniversary secara live dan sekarang masa tu dah sampai.
Konsert ini sebahagian daripada jelajah global Dear Beloved The Tour yang memang tengah hype di seluruh dunia. Dengan reputasi persembahan yang intimate dan penuh emosi, ramai yakin show di KL nanti akan buat ramai terbisu sekejap. Siapa yang pernah tengok live clip GIVĒON tahu betapa kuat aura dia bila menyanyi lagu patah hati yang menusuk.

Untuk yang nak secure tiket awal, sistem presale dah siap sedia. Pemegang Mastercard boleh masuk awal pada 24 November dari tengah hari sampai hampir tengah malam. Esoknya pula giliran presale Live Nation, jadi siapa belum daftar keahlian percuma tu memang rugi kalau tak buat. Tiket umum pula mula dijual pada 26 November tengah hari dan akan ada di golive asia com serta fantopia.io.
Senang cerita, kalau lambat memang melopong sebab ini first time GIVĒON jejak KL dan confirm ramai akan berebut. Mark your date, standby jari, dan bersiap untuk malam penuh rasa yang boleh buat sesiapa pun terkenang cinta lama.









Comments