Gandingan Tracie Sinidol & Jazmy Juma dalam Hilang Dalam Rindu jadi fenomena #JaCieEffects
- kaypohmedia
- 2 days ago
- 1 min read
Fenomena #JaCieEffects kini benar-benar menggegarkan dunia hiburan! Gandingan pelakon muda berbakat Tracie Sinidol dan Jazmy Juma bukan sahaja menawan hati penonton Malaysia, malah turut menjadi bualan hangat di Indonesia.

Melalui drama Hilang Dalam Rindu, penonton dihidangkan kisah cinta penuh emosi yang diadaptasi 100% daripada novel asal tanpa babak ‘cringe’ atau jalan cerita meleret. Sentuhan pengarah Along Kamaluddin berjaya mengekalkan naskhah ini sebagai karya yang indah, segar, dan menyentuh jiwa.
Kehebatan drama ini turut dibuktikan dengan penjualan 31,500 naskah novel yang laris dalam masa singkat. Malah, ada yang sanggup berjaga hingga jam 5 pagi untuk maraton episod walaupun sebelum ini mereka jarang menonton drama Melayu.
Bagi peminat, kisah cinta Dira dan Rayyan bukan sekadar lakonan, tetapi terasa hidup. Chemistry Tracie dan Jazmy begitu meyakinkan sehingga membuat penonton terbuai dengan setiap babak.

Tracie menerima pujian kerana membawakan watak Dira dengan penuh penghayatan, mempamerkan sisi gelap dan kompleks tanpa melampaui batas. Kesantunannya di set juga menjadi contoh baik kepada pelakon muda lain.
Jazmy pula, walaupun masih baru, berjaya memegang watak hero dengan karisma dan kelembutan yang membuat peminat ‘fall in love’ setiap kali muncul di skrin.
Hilang Dalam Rindu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di slot Samarinda TV3. Episod baharu juga boleh distrim 24 jam lebih awal di Tonton. Bagi yang belum mula, bersedialah untuk terjebak dalam fenomena #JaCieEffects, sekali tonton, susah nak berhenti!
Comments