Gandingan Janna Nick & Dini Schatzmann Dalam “Selamat Pengantin Haru!”
- Nurul Safiah
- 9 hours ago
- 1 min read

Drama baharu bertajuk “Selamat Pengantin Haru!” akan menemui penonton mulai 9 Julai 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.
Menampilkan gandingan serasi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann dalam sebuah sitkom berkonsep mockumentary yang unik dan penuh warna.
Diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd, drama 13 episod ini mengangkat kisah cabaran hidup berumahtangga dalam suasana yang ringan namun menyentuh emosi.

Dengan latar cerita yang berbeza dari kebiasaan slot Akasia, ia mengisahkan Amelie (Janna Nick), wanita moden dan berdikari yang berkahwin dengan Bazlee (Dini Schatzmann), lelaki kampung yang amat rapat dengan keluarganya, Selamat Pengantin Haru! menyentuh isu penyesuaian budaya, pengaruh keluarga, dan cinta lama yang belum terpadam.
Turut membintangi drama ini ialah barisan pelakon berbakat seperti Malia Baby, Dato’ Tamimi Siregar, Serena Redzuawan dan ramai lagi, yang menjanjikan lakonan penuh karakter dan hiburan berpanjangan buat seisi keluarga.
Menurut Janna Nick, drama ini menjadi ruang baginya dan Dini untuk menampilkan sisi berbeza sebagai pasangan dalam genre komedi ringan.

“Walaupun ini kali keempat kami bergandingan, genre kali ini sangat segar. Cabaran utamanya adalah untuk tonjolkan ‘chemistry’ yang natural dan tidak nampak dibuat-buat, lebih-lebih lagi dalam babak ‘bertekak manja’,” ujar Janna.
Selamat Pengantin Haru! turut boleh distrim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau menerusi aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan gelora dan gelak tawa dalam kehidupan rumah tangga moden menerusi drama ini mulai 9 Julai 2025, jam 7.00 malam, hanya di TV3!

Comments