Gandingan Dua Legenda! Siti Nordiana dan Tomok Hadir dengan Lagu Baharu
- Ain Najihah
- 8 hours ago
- 1 min read

Dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Siti Nordiana dan Tomok, bakal mencipta sejarah baharu menerusi kolaborasi eksklusif mereka yang akan dilancarkan pada 27 Jun ini.
Perkara ini diumumkan menerusi hantaran rasmi di media sosial Siti Nordiana dan Tomok yang telah mencuri perhatian para peminat.
Dalam gambar yang dimuat naik bersama pengumuman tersebut, kelihatan Siti Nordiana dan Tomok tampil mesra dan ceria dalam suasana desa yang penuh ketenangan.
Imej tersebut seolah-olah memberi petunjuk kepada konsep atau tema muzik video yang mungkin mengetengahkan elemen nostalgia dan ketulusan cinta.
Kolaborasi ini dijangka bakal menjadi tumpuan ramai memandangkan mereka memiliki aura tersendiri serta barisan peminat yang setia.
Gabungan vokal mantap dan pengalaman luas mereka dalam industri hiburan pastinya menjanjikan satu karya yang berkualiti tinggi dan menyentuh jiwa.
Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu terbaharu ini? Apakah kisah di sebalik kerjasama istimewa antara dua legenda ini? Semua persoalan bakal terjawab pada Jumaat ini apabila lagu kolaborasi Siti Nordiana dan Tomok dilancarkan secara rasmi.
Pastikan anda tidak terlepas untuk mendengarkan lagu terbaharu daripada mereka pada 27 Jun Ini!
Comments