top of page

Game Horror Malaysia “The Night Job: Hotel” Bawa Seram Asia Tenggara ke Steam

Writer: N
N
Mar 18
2 min read

Industri game tempatan nampaknya semakin rancak, kali ini dengan kemunculan The Night Job: Hotel, sebuah game horror dari studio indie Malaysia, Osem Production. Menariknya, game ini tidak sekadar cuba menakutkan pemain, tetapi membawa elemen seram Asia Tenggara yang jarang diketengahkan dalam pasaran global.

Secara ringkas, The Night Job: Hotel meletakkan pemain sebagai seorang pekerja hotel yang bertugas pada shift malam. Bunyi macam kerja biasa? Tunggu dulu. Dalam tempoh lima malam bekerja, pemain perlu menjalankan tugasan harian sambil berhadapan dengan pelbagai gangguan misteri daripada entiti yang tidak dijangka.


Pendek kata, ini bukan sekadar game jaga kaunter hotel, ini game survive shift malam.


Menurut Osem Production, projek ini sebenarnya bermula sebagai cabaran dalaman. Pasukan kecil ini mahu membuktikan mereka mampu menghasilkan sebuah game yang lengkap dari awal hingga akhir. Daripada situ, lahirlah sebuah game horror yang lebih menekankan suasana seram, tekanan psikologi dan vibe menegangkan, berbanding mekanik permainan yang terlalu kompleks.

Apa yang membezakan The Night Job: Hotel dengan kebanyakan game horror lain ialah pendekatan seram yang lebih dekat dengan budaya rantau ini. Kalau sebelum ini kita sering lihat hantu Barat seperti ghost atau demon klasik, game ini sebaliknya menampilkan makhluk seram dari Asia Tenggara, sesuatu yang lebih “kenal” dengan kepercayaan dan cerita rakyat di rantau ini.


Pendekatan ini bukan sahaja memberi identiti tersendiri kepada game tersebut, malah membuka peluang untuk memperkenalkan elemen seram Asia Tenggara kepada pemain global.


Walaupun pada awalnya dibangunkan sebagai projek permulaan, Osem Production melihat potensi besar dalam game ini. Sebab itu mereka mengambil langkah untuk membawa The Night Job: Hotel ke pasaran antarabangsa melalui platform Steam.

Bagi peminat game horror, konsep “kerja shift malam + gangguan entiti misteri” memang kedengaran seperti kombinasi yang boleh buat pemain sentiasa berjaga-jaga. Setiap malam dalam game ini datang dengan cabaran berbeza dan pemain tidak pernah benar-benar tahu apa yang menunggu di sudut gelap hotel tersebut.


Buat masa ini, game ini masih dalam proses menuju pelancaran rasmi. Namun peminat horror sudah boleh menyokong projek ini dengan menambah The Night Job: Hotel ke wishlist di Steam.


Kalau anda jenis suka game seram yang main dengan suasana, bunyi dan tekanan psikologi, ini mungkin antara game tempatan yang patut masuk radar.

Dan siapa tahu mungkin selepas ini, dunia pula yang akan kenal betapa seramnya “shift malam” versi Asia Tenggara.

2 Comments


Valerii
Sep 18

I found the approach behind The Night Job and its Malaysian horror setting quite interesting, especially the focus on using familiar places to create fear. This type of game can be particularly useful for sharing experiences, analysing the challenges local developers face, and finding new tools to tell regional stories. I also believe the exchange between players has real value, because a scare that works in one culture can often inspire solutions in another. While exploring different forms of digital entertainment, I also came across information related to https://glorycasinomy.com/app/. In the end, what I take away most from projects like this is that authenticity and the exchange of knowledge can become important factors for how a gaming scene keeps evolving.

Like

Tim Smith
Tim Smith
Sep 09

The moment I read about "The Night Job: Hotel" and that Southeast Asian horror vibe, it hit different. We've been flooded with Western ghost tropes for years, but seeing our own folklore - the kind your grandma warned you about - actually get a proper Steam release? That's the kind of representation that makes me want to support local devs immediately. What really sold me was learning this started as an internal challenge for Osem Production, proving a small team could ship a complete game focused on psychological tension rather than cheap jump scares. If you're curious about how other Malaysian platforms handle regional content and payment integrations, you can check out the bk8 website, where you can read an…

Like
bottom of page