Filem Animasi JUMBO Bawa Penonton Terbang ke Dunia Penuh Magis Mulai 26 Jun Ini!
- Nurul Safiah
- 8 hours ago
- 1 min read

Filem animasi JUMBO bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Jun 2025, menjanjikan satu pengembaraan sarat imajinasi yang pasti mencuit hati!
Mengisahkan tentang Don dan rakan-rakannya yang comel dan luar biasa, JUMBO membawa kita menyusuri dunia berwarna-warni, dipenuhi dengan semangat persahabatan, keajaiban dan pelbagai kejutan yang tak dijangka.
Di bawah arahan Ryan Adriandhy, filem ini bukan sekadar hiburan ringan. Ia juga mengangkat tema nostalgia, keajaiban zaman kecil, dan pentingnya membiarkan diri berimaginasi tanpa batas.

Barisan pelakon suara pula bukan calang-calang, antaranya Bunga Citra Lestari, Ariel NOAH, Angga Yunanda, Ratna Riantiarno dan ramai lagi!
Diterbitkan oleh Visinema Studios bersama Springboard dan Anami Films, JUMBO tampak bersedia menjadi salah satu filem animasi paling heartwarming tahun ini, bukan hanya untuk kanak-kanak, tapi untuk sesiapa sahaja yang percaya pada magis.
So, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada pengembaraan ini. JUMBO akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Jun 2025. Siap sedia untuk menyelami dunia yang penuh keajaiban dan kenangan zaman kecil!

Comments