Feby Putri Bakal Gegarkan Zepp KL Julai Ini!
- Nurul Safiah
- 5 days ago
- 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia, Feby Putri bakal menemui para peminatnya di Malaysia menerusi konsert “Feby Putri Vol.3 Hitam Putih Live in Kuala Lumpur” Julai ini!
Konsert ini akan berlangsung pada 19 Julai 2025, bertempat di Zepp Kuala Lumpur yang pasti membuat ramai peminat Feby Putri tak sabar menantikan kehadiran penyanyi pujaan mereka ke Malaysia!
Konsert yang dijadualkan bermula pada jam 8 malam itu menjanjikan persembahan penuh emosi dan puitis daripada Feby, yang dikenali dengan lagu-lagu berunsur balada dan lirik menyentuh hati seperti Halu dan Runtuh.
Tiket sudah mula dijual pada 26 April 2025 dan hanya boleh didapati menerusi laman rasmi ilassotickets.com/febyvol3.

Berita gembira ini diumumkan oleh penganjur, Miebird Projects, di laman Instagram mereka. Dari zon berdiri seperti Halu dan Hitam Putih, hinggalah ke tempat duduk premium Diri dan kotak eksklusif VIP Box, semuanya tersedia untuk memenuhi citarasa peminat setia.
Yang lebih menarik, ada juga pakej Meet & Greet khas untuk mereka yang ingin bertemu Feby secara peribadi, lengkap dengan barangan eksklusif!
Peminat disarankan mendapatkan tiket lebih awal memandangkan konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat.
Jadi pastikan jari anda bersedia, ini malam yang anda tidak mahu terlepas!

Comments