top of page

Fazura Muncul Dengan Lagu Baharu ‘Luar Biasa’

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jun 23
  • 1 min read

Fazura kini kembali mempersembahkan sisi paling jujur dan menyentuh hati menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘Luar Biasa’, hasil kolaborasi dengan komposer tersohor Indonesia, Ade Govinda.

 

Video rasmi sudah dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia, Luar Biasa bukan sekadar lagu balada pop yang indah, ia adalah naratif peribadi tentang luka, ketabahan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

 


Lagu ini ciptaan Ade Govinda, dengan lirik oleh Ade dan Veron Savanoah tampil megah dengan muzik video yang mendapat sentuhan visual daripada pengarah Bagoes Tresna Adji di bawah produksi Lucky Goodness Film.

 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazura menitipkan penghargaan penuh kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada Ade Govinda atas lagu yang disifatkan sangat peribadi dan menyentuh jiwanya.

 

“MasyaAllah TabarakAllah.. Alhamdulillah. Lagu ini adalah hadiah bermakna. Semoga lagu ini bisa menjadi pembakar semangat untuk berjalan terus dengan tabah, sabar dan bahagia,” tulisnya.

Kini boleh distrim di semua platform digital, lagu ini adalah satu pelukan hangat untuk jiwa-jiwa yang terluka, dan seruan untuk bangkit dengan yakin bahawa setiap insan itu memang diciptakan luar biasa.



Comments


bottom of page